KENAPA PERLU JALANKAN AMANAH DENGAN BAIK

Sebelum ni, aku pernah ditugaskan untuk sediakan dokumen2 untuk masuk tender.

Tapi mungkin aku berguru dengan orang yang salah. Kami x dapat tender tu.


Di hari kemudian, aku dengar ada nak masuk tender. Tapi kepercayaan x diberikan pada aku. Aku redha. Bila orang atas tahu yang aku tahu tentang hal tu, mereka kata minta aku monitor. Tapi, aku tahu tu kata-kata untuk memujuk hati aku. Aku pun x adalah nak masuk campur sangat.


Apabila dokumen2 invitation to tender diterima. Aku tanyalah juga jika perlukan bantuan aku. Tapi PIC kata ok je tinggal dokumen2 dari staf yang blm dibuat. Sehingga 2 hari sebelum, katanya tinggal susun2 dokumen. Aku pun beri kepercayaan aku sahaja. Mungkin salah aku, aku x periksa. Tapi aku pun xnk micromanage sbb dia pun org lama, pengalaman dia lagi besar. Atas dasar rasa hormat, aku x adalah nk persoalkan apa2.


Sehari sebelum tarikh hantar tender, dia beri checklist pada aku dan detail dokumen untuk aku semak. Maka, aku pun tolong semak. Aku terdiam kejap. Sungguh banyak dokumen yang belum buat. YA, dokumen yang memang sedia ada, mungkin kau dah ada tapi dokumen2 yang kau kena create, semua x ada. Di depan aku hanya ada tender yang siap ala kadar.

Bila ditanya, katanya...alaa, tolak 1 markah je..yg tu tolak 1 markah je..xpe x ada..

Aku tak tau dia fikir mcm mana. Kau tau x kt luar tu org berebut2 nak dapatkan tender. Kau pula macam melepaskan batuk di tangga.

Akhir cerita, kami hantar dokumen, ya semua dokumen ada tapi dalam keadaan x siap seperti yang dikehendaki.


Kau rasa kenapa penting kau perlu buat ni dengan baik? Kalau kita dah usaha sehabis baik, kita boleh kata itu memang bukan rezeki kita. Tapi bila kau buat sambil lewa, memang kau sebenarnya memohon untuk kegagalan.

Cuba fikir, kalau x dapat tender tu, apa blh jadi? Income company kurang kan. So, apa kesannya?

- Pekerja tidak dinaikkan gaji

- Pekerja boleh dibuang kerja

- Kewangan syarikat nampak tidak baik - susah nak dapatkan tender2 lain

- Perkembangan syarikat pn terbatas

dan macam2 lagi..


TOLONGLAH BUAT KERJA DENGAN SEBAIKNYA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment