Ya Allah,
Engkau beri aku banyak nikmat
Namun,
Aku menjadi rakus
Aku menjadi alpa
Aku mengejarnya
Di saat Engkau mengambilnya kembali
Aku sesak
Kakiku belari mengejar
Mengejar tanpa hala tuju
Aku berhenti menadah tangan
Di saat Engkau mengambilnya kembali
Aku jatuh
Tanganku mencari-cari
Segala serpihan yang berderai
Aku rakus mengejar kepuasan diri
Aku rakus mengejar kebanggan manusia
Bukankah aku seharusnya rakus mencari cintaMu
Ampunilah hambaMu yang hina ini
Aku alpa untuk terus berdoa kepadaMu
Aku alpa bahawa aku harus terus menadah tangan meminta daripadamu
Dan aku tidak seharusnya alpa bahawa itu semua hanya pinjaman semata-mata
Ampunilah hambaMu yang hina ini
0 comments:
Post a Comment